Saturday, April 19, 2014

Maksud Komputer dan sejarahnya

Maksud Komputer dan sejarahnya (Keyword: Apa itu, Maksud, Erti, Definisi Komputer) Komputer ialah sebarang mesin atau peranti yang digunakan untuk memproses maklumat, berpandukan kepada program yang ditetapkan. Pada awalnya, perkataan komputer bermaksud pengira. Mesin komputer dibina untuk melakukan pengiraan matematik yang kompleks. (Analytical Engine, Komputer Mekanikal serbaguna pertama siap dibina pada tahun 1910 oleh Henry Babbage berdasarkan idea asal ayahnya Charles Babbage -> ) Kelebihan mesin komputer adalah seperti berikut: 1) pantas Komputer dapat memproses arahan dengan begitu pantas sehingga kadar kepantasannya diukur dengan kiraan jutaan juta per saat. 2) tepat Komputer akan melaksanakan arahan pemprosesan tepat sebagaimana yang dikehendaki (meskipun arahan itu salah logiknya atau bersifat desktruktif iaitu menjahanamkan data atau sistem). 3) pengurusan memori yang cekap. Komputer menyimpan maklumat di dalam sistem memorinya yang kecil tetapi padat. Sistem memori ini berupaya menyimpan berjuta-juta maklumat digital di dalam ruang yang begitu kecil. Umpamanya, dokumen bersaiz A4 yang disimpan penuh di dalam bilik berkemungkinan akan dapat disimpan secara digital (fail imej) di dalam sebatang memori Flash bersaiz 8GB sahaja. Sebahagian besar mesin komputer pada hari masih ini lagi berteraskan senibina Jon Von Neumann. Senibina ini menyatakan bahawa sistem komputer harus ada empat bahagian utama; 1) Unit Aritmetik Logik Unit ini berfungsi memproses data mengikut arahan yang diberikan oleh pengguna komputer. 2) Litar pengawal Litar pengawal mengawal keseluruhan aktiviti komponen komputer dan pemprosesan data. 3) Memori Memori menyimpan data dan arahan sebelum, semasa dan sesudah pemprosesan data dilaksanakan. 4) Peranti Input/Output. Peranti input mendapatkan data atau arahan daripada pengguna manakala Peranti Output memulangkan maklumat (hasil pemprosesan data) kepada pengguna komputer. Teknologi pembuatan komputer pada hari ini berkembang dengan begitu pesat. Terdapat berbagai bentuk mesin komputer yang telah dicipta sehingga sukar untuk mengkelaskan setiap jenis komputer yang ada. Secara amnya, pengkelasan komputer boleh dibuat dengan memerhatikan saiz komputer dan fungsinya.