Monday, March 31, 2014

Ayam Percik Kelantan




















Santan dari 1 biji kelapa
1 batang serai diketuk
Sedikit air asam jawa
Sedikit jintan manis

BAHAN A

3 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit garam

BAHAN B

4 ulas bawang merah
1 inci halia
2 biji buah keras
Gula dan garam

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA

1.tumbuk bahan A dan gaulkan bersama potongan ayam dan perap seketika
2.tumbuk bahan B dan masukkan kedalam santan yang telah dipanaskan
3.masukkan serai,air asam jawa dan jintan manis ke dalam santan dan kacau
4.masak sehingga kuah menjadi pekat dan masukkan garam dan gula secukup rasa
5.bakar ayam kira-kira 1/2 masak
6.setelah 1/2 masak lumurkan ayam dengan kuah percik
7.bakar semula ayam sehingga benar-benar masak
8.setelah ayam masak lumurkan sekali lagi dengan lebihan kuah percik
9.sedia untuk dihidangkan

SELAMAT MENCUBA

Friday, March 28, 2014

Nasi Arab Maghlubah Kambing

 

Bahan-bahan untuk nasi :

1 kg - daging kambing (direbus biasa dengan 'pressure cooker')
4-5 batang - cili hijau (dipotong tidak terlalu nipis)
1-2 paket -  rempah beriani Maggi
2 cawan - beras basmathi (selalu guna yang Moghul Faiza Basmathi, basuh dan rendam dalam 15 minit sebelum dimasak)
2 biji kentang -  dipotong sederhana besar dan digoreng *(optional)
2 biji terung  - dipotong sederhana besar dan digoreng *(optional)
Sedikit bunga kobis - dipotong dan digoreng *(optional)


Cara-cara memasak :
  • Masukkan air sehingga melepasi lebih kurang 1 inci dari paras daging kambing yang telah direbus empuk dalam periuk tadi
  • Masukkan 1-2 paket rempah beriani Maggi, dikacau & masukkan cili hijau yang dah dipotong tadi
  •  Masukkan garam secukup rasa dan rasa. Masa ni pun dah terbau dan terasa kelazatannya.... oh!
  • Sediakan periuk nasi dan susun daging kambing paling bawah sekali beserta kentang, terung & bunga kobis (saya jarang letak sayuran ni semua sebab nanti nasi akan jadi sangat berminyak, tu yang tulis optional tu...) 
  • Masukkan beras dan  4 cawan air rebusan tadi & ready to cook!
  • Setelah masak, telangkupkan periuk dalam pinggan atau dulang besar & ready to eat! (Maksud maqlubah itu sendiri ialah 'upside down' maka haruslah menelangkupkannya!)
Bahan untuk sambal :
  • 5 biji -   cili padi
  • 2 biji -   cili merah 
  • 2 biji -   cili hijau
  • 4 biji -   tomato 
  • Sedikit cuka 
  • Garam & gula - secukup rasa

>> Di kisar kesemuanya hingga hancur & ready to eat! 

Bahan untuk salad :

Mentimun   }
Carrot        }    dipotong dadu
Tomato      }

Bawang besar   }
Cili hijau          }   dipotong kecil
Cili merah        }

Sedikit minyak zaitun. 
>> Campurkan kesemua bahan di atas dengan minyak zaitun & ready to eat!


Beberapa batang cili hijau - sebagai ulaman dan dimakan mentah

Lamb New Zealand ni beli di Taman Sepakat Indah Kajang dekat dengan 
SS7 BBBangi , tempat ramai pak-pak arab di sana 


SELAMAT MENCUBA!


Tip-tip memasak Nasi Arab Maqlubah :

- Sangat sedap dimakan dengan daging kambing berbanding ayam. 
- Daging kambing New Zealand lebih sedap dari kambing Australia.
- Lebih ada ummphh! menggunakan beras basmathi
- Sukatan beras : air adalah (1:2)
- Pastikan ada sambalnya, itulah penyedap rasa penambah selera 

Monday, March 17, 2014

Motivasi Bulan Ini




Nasihat Dari Ketua Orang Yang Bertaqwa




  1. Siapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk. 
  2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya. 
  3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya. 
  4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran. 
  5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu. 
  6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan direngan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan. 
  7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu. 
  8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad. 
  9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain. 
  10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi 
  11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain. 
  12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan 
  13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi 
  14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh 
  15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud. 
  16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah 
  17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum 
  18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu 
  19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman 
  20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana 
  21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung 
  22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari 
  23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah 
  24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah 
  25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA 
  26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari 
  27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH 
  28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur 
  29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan 
  30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) – Bukhari 
  31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW 
  32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh 
  33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari 
  34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari 
  35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari 
  36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang 
  37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud 
  38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya 
  39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim 
  40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari 
  41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya 
  42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih 
  43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih 
  44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain 
  45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu dawud 
  46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya 
  47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar 
  48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib 
  49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami 
  50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.