Background

Haji Nasrul terlibat dalam bidang latihan teknikal dan pembangunan sumber manusia  semenjak tahun 1999. Nasrul menyertai Pusat Kemahiran Teknologi Informasi yang berpangkalan di Shah Alam, Selangor pada tahun 2000 sebagai Pengurus Latihan. Kini beliau bertindak selaku Pengurus Besar kepada Nasra Technologies Solution. Di samping itu, beliau juga sering memberi khidmatnya dalam sesi Motivasi Pagi dan Tazkirah Mingguan dan Bulanan di sekolah-sekolah sekitar Hulu Langat, Kajang, Bangi, Semenyih, Balakong, Ijok, Klang, Sabak Bernam, Puchong, Cheras, Serdang, Shah Alam dan Ampang.

Haji Nasrul mengendalikan lebih 1000 sesi ceramah dan kursus dalam perkhidmatan untuk kakitangan kerajaan dan swasta, ibu bapa, petani-petani dan pelajar dalam bidang motivasi dan pembangunan  modal insan, pengurusan sumber hasil pertanian, komunikasi dan hubungan kemanusiaan, perkhidmatan pelanggan, perkhidmatan kaunter, pengucapan awam, perhubungan awam, kejurujualan, pengurusan stres, kaunseling keluarga, kumpulan meningkatkan mutu kerja, pengurusan kualiti menyeluruh (TQM), perubahan paradigma, pembinaan pasukan kerja, Kejurulatihan, Training Of Trainer (TOT), keusahawanan, kemahiran keibubapaan, motivasi remaja, motivasi belajar dan teknik belajar (pelajar sekolah dan IPT), dan sebagainya .